i love nuffnang

Monday, July 27, 2009

Our Wedding Receptions 19th July 2008

 <3 Get yours @ Girls Blog Spot <3


_Doa Isteri Untuk Suami_
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuatKau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mentalKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran MuKau berikanlah aku sifat kasih sesama insanYa Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di ArashBerilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanyaSekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMuKurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannyaSekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah MuLimpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnyaSekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia MuPeliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannyaSekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh MuBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorangKau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMuSekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia MuLimpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnyaSekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikanKurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlenaYa Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurankuSekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteriKau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat MuSekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMuAku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah MuAku hina tanpa Rahmat MuYa Allah…
Kuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agama MuBimbinglah aku menjadi isteri SolehahHanya pada Mu,
Ya Allah…Ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaan MuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yang kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniaMuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran MuKerana pendek akal ku mengharungi ujian MuYa Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehahIsteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


No comments:

Post a Comment